Solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh wajib di qada. Kita boleh mengqada solat yang ditinggalkan tak kira waktu untuk membayar hutang kita kepada Allah. Hutang ini akan ditanya di akhirat jika enggan membayarnya semasa hidup di dunia. Kita boleh mengqada solat setelah solat berjemaah bersama imam. Ataupun kita juga boleh qada solat setelah muazin melaungkan azan. Niat solat qada " Sahaja aku solat qada fardu subuh/zohor/asar/magrib/isya kerana Allah Taala". Qada solat yang ditinggalkan boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan waktunya. Contahnya di waktu malam kita boleh qada 5 waktu solat iaitu zohor,asar, magrib,isyak dan subuh. Atau qada ikut waktu solat contoh qada solat zohor pada waktu zohor setelah kita selesai solat fardu zohor. Tetapi sebaiknya anda perlu mengqada solat setelah teringat solat yang ditinggalkan secepat mungkin kerana kita tidak tahu ajal kita.
WHAT'S NEW?
0 comments:
Post a Comment