WHAT'S NEW?

Cara Bank In/Deposit

Pada masa kini pastinya ramai yang telah mempunyai akaun bank tidak kira kanak-kanak mahupun warga emas. Bank pada masa ini telah memudahkan urusan untuk memberi duit bagi sebarang tujuan misalnya menghadiahkan duit kepada ibubapa menerusi bank ataupun menjalankan perniagaan iaitu melalui bank in/deposit.



Cash Deposit Machine
  • Pastikan anda mempunyai nombor account yang hendak dimasukkan duit.
  • Cari mesin Deposit Tunai dimana-mana bank. Selalunya bersebelahan dengan mesin ATM.
  • Pergi di mesin deposit tunai dan tekan apa-apa jika mesin itu menunjukkan iklan.
  • Pilih bank in dan tekan.
  • Masukkan nombor account yang hendak bank in.
  • Pastikan anda menyemak nama pengguna account yang hendak bank in itu.
  • Masukkan wang anda di mesin itu.
  • Klik seterusnya, kalau kena tolak pastikan anda mencuba lagi ataupun anda boleh menukar duit yang baru/lain. Selalunya panduan memasukkan ada disediakan.
  • Setelah selesai, akan keluar di skrin RM100=1? ( maksudnya RM 100 satu keping ? ) . Jika betul teruskan.
  • Setelah berjaya ambil resit yang dikeluarkan mesin itu.


Borang/Kaunter
  • Pergi ke kaunter pertanyaan dan minta borang bank in/deposit tunai/pembayaran bil.
  • Ambil nombor giliran.
  • Isikan borang dengan lengkap. Jika anda was-was anda boleh biarkan saja dan isi kembali di kaunter nombor anda. Jika anda tidak tahu anda boleh tanya.
  • Tunggu akaunten kira duit dan key-in. Ambil resit dan selesai.


0 comments:

Post a Comment