Bahan-bahan:
- 4 keping halia dihiris nipis dan ditumbuk sedikit
- 8 ulas bawang putih.
- 5 ketul ayam dipotong kecil.
- 8 tangkai cili kering di potong kasar.
- Dry mushrooms 10 biji dipotong kasar " sebiji dipotong 4 atau 5 slice" dan direndam dalam air panas selama sejam.
- 5 sudu besar sos tiram, 6 sudu besar kicap lemak manis, 3 sudu besar kicap manis, 1/2 sudu besar kicap pekat 1 sudu kecil minyak bijian.
- 4 sudu besar tepung jagung dilarutkan dalam air.
- Sayur sawi, Yee Mee dan telur.
- Hot plate ( boleh diganti pan/kuali).
Cara-cara:
- Masukkan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan halia dan bawang putih. Guna api yang perlahan dan kacau sampai kekuningan.
- Masukkan cili kering dipotong kasar.
- Setelah garing, masukkan ayam dan satu mug air, letakkan sedikit garam dan didihkan dalam 5 minit kemudian masukkan cendawan kering.
- Masukkan kesemua kicap yang dinyatakan tadi dan tambah 3 mug air sehingga mendidih.
- Setelah kuah telah mendidih dan ayam telah empuk, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil kacau untuk mengelakkan tepung tidak berketul dan apabila sejuk tidak menjadi keras.
- Panaskan hot plate, masukkan sedikit kuah tadi dan letakkan yee mee, sayur dan telur.
- Buka api pada tahap maksimum dan tunggu sehingga masak.
- Boleh dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment