WHAT'S NEW?

Cara belajar apa-apa bahasa

Bahasa sangat penting digunakan pada masa kini sama ada dalam urusan jual beli, pelancongan atau sebab tersendiri. Belajar bahasa memerlukan kesungguhan, keazaman dan kemahuan melakukan kesilapan. Kita akan ambil contoh belajar bahasa inggeris.




  • Cakap sesuatu bahasa setiap hari. Cara terbaik belajar bahasa ialah bercakap. Ia bukan masalah jika anda hanya mengetahui sedikit perkataan dalam sesuatu bahasa atau tidak fasih. Bercakap apa-apa bahasa pantas, sangat berkesan untuk menguatkan kefasihan anda. 
  • Belajar cara sebutan. Walaupun kefasihan berbahasa dalam genggaman anda, contohnya anda tahu banyak maksud dan tatabahasa dalam bahasa inggeris, masyarakat enggeris akan sukar memahami jika sebutan anda sukar difahami.
    Sebutan jelas penting jika ingin meningkatkan tahap bahasa anda. Dengar dengan betul bagaimana sebutan dalam sesuatu bahasa itu dan tiru cara percakapan itu.
  • Luaskan pengetahuan dan gunakan peribahasa. Semakin tinggi perbendaharaan kata semakin banyak frasa yang anda faham, semakin mudah untuk anda bercakap.
    -Contohnya, meluangkan masa bersama warga enggeris membantu anda meluaskan perbendaharaan kata anda. Anda juga boleh membaca, menonton dan mendengar berita dalam sesuatu bahasa.
    -Selain itu, anda juga boleh membuat label setiap hari dan melekatkan di sekeliling rumah anda. Contohnya, setiap kali anda pergi ke cermin, anda akan melihat maksud dan perkatan dalam bahasa lain di hadapan anda.
    -Anda perlu menulis setiap peribahasa yang selalunya masyarakat itu selalu menggunakannya.Contohnya ' it's raining cats and dogs ' yang bermaksud hujan lebat. Menggunakan peribahasa dapat meningkatkan taraf bahasa anda.
  • Hadir kelas bahasa atau perbincangan kumpulan. Menghadiri kelas bahasa merupakan cara bagus untuk fokus terhadap aspek formal. Ia akan mengajar anda tentang tatabahasa dengan cara yang betul dan membekalkan struktur untuk bercakap.
    -Hadir ke perbincangan berkumpulan dapat memberikan pelajaran secara tidak formal dan lebih tenang. Bercakap dalam cara ini membantu anda untuk rasa lebih selesa apabila bercakap dihadapan orang.
  • Bawa kamus. Ia dapat menyelamatkan anda daripada rasa malu jika anda bercakap dengan seseorang dalam suatu bahasa dan terlupa perkataan di tengah ayat. Hanya yang perlu dibuat ialah ambil masa untuk mencari perkataan itu.
    -Ia juga membantu untuk mengisi masa lapang contohnya, semasa menunggu, anda boleh belajar dalam 10 hingga 20 perkataan.
    -Jika anda sudah menguasai banyak maksud, anda boleh bertukar kepada kamus english to english yang menyediakan definasi dan perkataan yang sama maksud untuk perkataan enggeris.
  • Dengar lagu dalam bahasa lain. Anda perlu berusaha untuk memahami apa yang dikatakan dalam lagu itu.
  • Tonton movie dan rancangan tv dalam bahasa yang ingin dipelajari. Cuba tonton movie atau rancangan tv yang anda gemari. Jika anda sudah tahu permulaan movie dan rancangan tv itu, lebih mudah untuk anda memahami.
  • Baca buku, majalah atau suratkhabar dalam bahasa yang anda ingin belajar. Teruskan usaha anda untuk memahami apa yang dibaca, jangan biarkan jika tidak faham. Cari dalam kamus frasa apa yang tidak faham.
    -Jika anda keseorangan, anda boleh membaca sambil menyebut. Ia akan meningkatkan pembacaan sementara memperbaiki kefasihan.
  • Sentiasa berazam. Fikir tentang semua pengalaman dan peluang yang hebat jika anda menguasai kemahiran berbahasa.
  • Berlatih setiap hari. Jika anda mahukan kefasihan berbahasa, anda perlu berusaha untuk berlatih setiap hari.
    -Belajar berbahasa ini perlu pengulangan, maka anda akan lupa apa yang anda pelajari jika tiada pengulangan latihan. Cuba buat perkara yang berlainan setiap hari contohnya-- sehari membaca, sehari mendengar perkataan dalam bahasa lain, sehari menulis dan lain lain.
    -Walaubagaimanapun, anda jangan terlepas peluang untuk berlatih bercakap dalam bahasa baru kerana perkara ini penting untuk mendapatkan kefasihan.
  • Latih diri anda untuk berfikir dalam bahasa lain. Contohnya jika anda ingin fasih dalam inggeris, anda perlu melatih diri anda berfikir dalam inggeris.
    -Menterjemahkan dari bahasa anda ke bahasa inggeris memerlukan masa. Percakapan anda dan penulisan anda lebih semula jadi dan lebih lancar jika melatih diri anda berfikir terus dalam bahasa itu. Bayangkan suis--apabila berkomunikasi dengan seseorang berbahasa lain, anda perlu hidupkan suis bahasa dalam dan tutup suis bahasa ibunda anda.
  • Jangan takut untuk membuat kesilapan. Halangan yang besar untuk belajar bahasa baru ialah takut melakukan kesalahan.
    -Takut ini tiada tujuan. Ia hanya semata-mata penghalang yang menghalang anda dari mencapai cita-cita anda.
    -Sentiasa ingat bahawa anda mahukan peningkatan. Membuat kesalahan daripada percakapan bahasa baru anda ialah proses untuk membantu anda menjadi lebih baik dan jangan pula melakukan kesilapan yang sama.
    -Semua orang melakukan kesilapan apabila belajar sesuatu yang baru.  

0 comments:

Post a Comment