WHAT'S NEW?

Cara untuk lulus dalam temuduga

Kebanyakan tempat pengajian di mana-mana sahaja memerlukan temuduga untuk memenuhi syarat kelayakan untuk menjadi pelajar/graduan di tempat berikut. Tidak ada formula untuk berjaya dalam hal ini, tetapi berikut ialah cadangan yang perlu dititik beratkan.

  1. Berpakaian kemas. "Ini menunjukkan anda sangat mahu untuk masuk ke tempat pengajian itu dan profesional. Berpakaian secara formal dan tidak terlalu menonjol. Elakkan memakai seluar jeans. Bersederhana dan berkelas adalah yang terbaik".
  2. Perkenalkan diri. " Orang yang lebih tua sukakan kesopanan. Anda sepatutnya bersalaman dengan staff dan pekerja lain, dengan hormat. Cuba dengan mudah seperti hello/assalamualaikum dan diikuti salam serta senyum".
  3. Matikan peranti elektronik. "Anda berkemungkinan ditemuduga selama 20 minit. Kaunselor anda mungkin menganggap anda tidak berminat jika tiba-tiba telefon anda berdering. Anda perlu mematikan semua peranti elektronik". 
  4. Mendengar dengan baik. " Kebanyakan soalan ditanya semasa temuduga adalah soalan mudah tentang kehidupan anda". 
  5. Kekal pada tajuk. " Walaubagaimanapun, sepatah jawapan tidak cukup, tetapi anda juga perlu mengelakkan percakapan yang panjang. Anda perlu mendapat idea secepat mungkin dan menjawab dengan lancar".
  6. Bertenang. "Kaunselor yang menemuduga anda ingin mengenal siapa anda, jadi mereka boleh menetapkan anda lulus atau gagal. Gementar ialah perkara biasa tetapi histeria tidak".
  7. Bercakap dengan yakin. "Banyak orang yang temuduga dan anda perlu menunjukkan kepada kaunselor bahawa anda ialah orang yang terbaik. Beritahu mereka tentang pencapaian anda tetapi secara merendah diri supaya tidak dianggap sombong. Beritahu mereka bahawa anda adalah berbeza, anda adalah unik".
  8. Berterima kasih." Sekali lagi, orang dewasa menyukai kesopanan. Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih dan memberitahu anda gembira datang di situ".


0 comments:

Post a Comment